BOSS NAK KUBURKAN BLOG NI, TAPI TAK SAMPAI HATI http://posto-posto.blogspot.com/

Selasa, Julai 01, 2008

Filem Sepi

Tentang Sepi 1/7/07

huhuhu terkezut tadi masa masuk panggung hampir semua penonton kat situ perempuan!.. ingat kut-kut la tersalah masuk pintu panggung macam akak tiket yang tunjuk pintu salah kat aku tadi. mesti akak tu fikir aku nih takkan la nak layan filem genre cam tu kan? kata dia..

"hah adik pergi kat pintu sana k." "trimas kak"

aku main redah je cuba cari pintu no1. tapi yang ada pintu 4 dan 5,

"wtf! sah le aku kena kelentong ngn akak tu."

aku kan profesional jadi kena la bertindak profesional kan? aku pun pergi cari pintu no1 kat sebelah sana tu, (GSC kuantan nih drg asingkan pintu 1,2,3 kat sebelah kanan, 4,5 sebelah kiri)

"heheh dah jumpa pun "pintu kebenaran".

aku try la intai-intai. hak!! semua yang ada kat dalam tu perempuan!! adeh sedih lor rasa menyesal lak beli, tapi mengingatkan hari nih..

tak pe rilek dulu tunggu lampu dipadamkan dulu baru la masuk. aku pun duduk cam tengah tunggu orang datang..heheh hati aku lagi terel mengarah dari khabir bhaktia tu.

filem nih best tahap touching kalau korang layan ngan bf/gf korang (jangan wat maksiat dalam tu dh le). aku pun teringin nak cry tapi mungkin salur air mata aku dah frost sebab air-cond kut??
siapa kata filem korea saja yang boleh wat korang touching and then feel romance when watch it with ur bf/gf?? filem melayu sekarang pun dah boleh buat macam tu la.
Tapi kecian gles watak Imaan dalam filem nih, bf dia (piere) mati kena toreh/sabit/cucuk (aku x tau nak bayangkan camne sebab orang yg wat tu bukn bnuh pakai pisau tapi mnda len) dengan orang jahat masa dia leraikan pergaduhan last2 kena humban dalam sungai. Imaan tengok menda tu semua tapi dia macam x pecaya dia tengok kearah lain rupanya bf dia nih tengah melambai kat dia. korang mesti x faham kan? jadi pergi la tengok!


Puisi Sepi

Bisikku pada bulan
Kembalikan temanku
Kekasihku syurgaku

Tanpa dia malam menemaniku
Sepi memelukku

Bulan jangan biar siang biar alam ini kelam
Biar ia sepi sepertiku



Sinopsis Filem Sepi
Jalan menemui kebahagiaan tidak selalunya mudah. Untuk Adam, Sufi dan Imaan, sepi terlebih dulu menjengah hati mereka. Sepi membuat mereka mencari cinta, memilih cinta, dan menggengam cinta. Sepilah mengajar mereka erti cinta.

Adam seorang chef yang berjaya, dan kek perkahwinannya sering menjadi idaman pengantin. Dia sentiasa menghadiri majlis majlis perkahwinan – tanpa pasangan. Walau sentiasa dikelilingi teman-teman, Adam rasa tersendiri. Walau sentiasa kelihatan ceria, hatinya tercari-cari. Dia inginkan seseorang untuk berkongsi bahagia.

Tapi mungkinlah cinta yang dicari, telah lama berada di depannya?

Sufi & Marya

Setelah kematian isterinya, Sufi terbeban dengan memori. Hatinya yang kosong enggan meneruskan hidup tanpa kekasih hati. Dia berlari - menjauhkan diri dari realiti kehidupan, kerjaya, malah anaknya sendiri. Tidak terbayang olehnya cinta akan menjenguknya lagi. Bukankah cinta datang hanya sekali dalam hidup?

Imaan kecewa bila pementasan teater nukilannya tidak diambil serius oleh pelakon utamanya, Ean. Imaan bencikan Ean, tapi tanpa disedarinya, Ean berjaya mencuri hatinya. Benci berubah menjadi bibit cinta. Tapi Imaan sudah berpunya. Hatinya tersepit antara kasih pada dua lelaki yang begitu penting dalam hidupnya. Akhirnya, cinta memaksa Imaan memilih.

Tiga kisah yang berbeza, terikat dalam satu desitini.

3 Commentores:

Fina Sophie berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Fina Sophie berkata...

wah.. pegi sndiri je?
hehe..
teringin la nak tgok, since tgok review kat tv.
the film seems worth to watch.
but.. skrg ni takde masa lg. huu..

Amir' berkata...

huu~ yerp! its worth to watch!
x tau npe tiket filem sepi murah ari slasa..6 hinggit je..