BOSS NAK KUBURKAN BLOG NI, TAPI TAK SAMPAI HATI http://posto-posto.blogspot.com/

Jumaat, April 11, 2008

Hiperhidrosis

Tangan peluh??


Tangan peluh atau wet hands merupakan masalah yang sering dihadapi oleh “pesakit” hiperhidrosis. Masalah tangan berpeluh secara berlebihan disebabkan oleh saraf simpatetik bertindak aktif lebih daripada sepatutnya. Kajian juga menunjukan 25 hingga 50 peratus kes
hiperhidrosis disebabkan oleh penyakit keturunan. Jika ibu atau bapa mempunyai masalah hiperhidrosis nak juga berpontensi mempunyai penyakit yang sama. Sindrom berpeluh keterlaluan ini manyebabkan pesakit menjalani kehidupan harian seperti biasa.


Punca penyebab..

o -Apa yang pasti, aktiviti saraf simpatetik keterlaluan memberikan rangsangan kepada kelenjar peluh yang normal.Ini menyebabkan kelenjar menghasilkan banyak peluh dalam masa yang singkat .


Beliau adalah seorang pelajar dan dalam masa yang sama seorang ahli kelab taekwando. Beliau menghadapi masalah apabila tangan dan kakinya mula mengeluarkan peluh secara berlebihan. Lantai dikawasan tempatnya berlatih basah dan keadaan ini membuatkan beliau berasa rendah diri dan tertekan apabila berlatih. Sewaktu peperiksaan sedang berlansung beliau sering menggunakan kertas kajang yang disediakan sebagai pengalas tangan.



Mungkin ramai yang mengangap symptom ini sebagai satu perkara yang remeh, namun apabila ia menggangu urusan seharian dan menjejaskan emosi ia boleh dianggap sebagai satu halangan untuk bergaul n
ormal seperti orang lain.

Jangan disangka golongan ini tidak berpeluh dalam bilik berhawa dingin kerana golongan ini juga boleh berpeluh berlebihan dan dipanggil peluh dingin dibahagian tapak tangan atau tapak kaki.

Jika cuaca panas sudah tentu semakin banyak peluh yang keluar dari bahagian tertentu tubuh mereka. Proses perpeluhan ini akan berhenti apabila mereka tidur atau mandi semula.


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan bahawa penyakit ialah gangguan yang berlaku pada aspek mental atau fizikal, jadi hiperhidrosis boleh dikategorikan sebagai satu enyakit kerana ianya boleh menggangu emosi pengidapnya.


Antara rawatan yang boleh dilakukan bagi menghentikan perpeluhan tersebut ialah
  • Sapuan luar (agen anti peluh) mengandungi aluminium klorida — Ia disapu pada tempat berpeluh, tetapi kaedah ini hanya sesuai bagi kes kecil.

  • Ubat makan (mengandungi agen antikolinergik) — Ia sangat berkesan untuk menghalang perpeluhan tetapi ada banyak kesan sampingan, menyebabkan cecair badan lain mengalami kekeringan. Antaranya ialah masalah mata dan lidah menjadi kering.

  • Iontoforesis — Memberi cas ion melalui rangsangan elektrik pada kulit. Kaedah ini kurang popular kerana ia menyakitkan dan perlu diulang setiap dua minggu selama enam bulan. Dalam kebanyakan kes, apabila rawatan dihentikan, masalah hiperhidrosis berulang.

  • Suntikan botolinum toksin A (Botox) — Toksin Clostridia botulinum disuntik ke tangan atau kaki pesakit untuk menghalang penghasilan asetilkolin bagi menghentikan pengeluaran peluh. Kaedah ini juga kurang popular dan tidak praktikal kerana ia bukan saja mahal, malah menyakitkan dan perlu diulang beberapa kali kerana botox hanya berkesan selama tiga hingga empat bulan.

  • Pembedahan endoskopik torasik simpatektomi (ETS) — Ini kaedah paling berkesan dengan peratus kejayaan setinggi 99 peratus, 90 peratus bagi hiperhidrosis di ketiak dan 70 peratus hiperhidrosis tapak kaki.

Jika tidak dirawat, keadaan boleh menjadi semakin teruk dengan peningkatan umur. Bermakna peluh keluar lebih banyak sehingga menjejaskan kebanyakan aktiviti harian. Sehingga kini, tiada had umur bagi mendapatkan rawatan bergantung kepada keadaan dan keperluan pesakit, tetapi tidak digalakkan untuk kanak-kanak.A






Salah seorang pesakit Hiperhidrosis..


0 Commentores: